Hari ini kita telah gagal dalam misi untuk merapatkan jurang mata dengan kedua-rumah sukan bendahara dan syahbandar... kita hanya mampu menjarakkan 2 mata dengan pasukan rumah temenggung... ada kesilapan tektikal telah berlaku terutama pada acara lontar peluru... macam mana pun cikgu-cikgu beri pujian kepada semua yang telah terlibat... yang sekurang-kurangnya telah membantu pasukan kita untuk tidak ketinggalan terlalu jauh... kita masih mampu untuk mengejar dalam acara olahraga nanti...
Jadi besarlah harapan untuk melihat... atlit-atlit rumah kuning membawa kejayaan pada hari sukan tahunan nanti.... kalau dah kalah nanti nyesal pulak... apapun kalahlah dalam perjuangan bukan kalah mengalah...... dan harapan yang masih ada untuk menang ni jangan ler pula kita sia-siakan...
Laksamana Cafe
Isnin, 30 Mac 2009
Langgan:
Catatan (Atom)