Laksamana Cafe

Khamis, 12 Mac 2009

Coretan 12.03.2009

Hari ini cikgu-cikgu rumah Laksamana mengucapkan terima kasih kepada semua murid rumah laksamana yang telah sanggup mewakili rumah laksamana demi melihat kejayaan untuk rumah sukan kita... seperti yang cikgu-cikgu telah maklumkan kepada murid-murid... kita tidak meletakkan harapan tinggi untuk sukantara tetapi cuba untuk merapatkan jurang mata...

Alhamdulillah.. nampaknya target kita tercapai apabila berjaya menempatkan diri di tempat ketiga dengan jurang perbezaan mata hanya 16 mata sahaja... Sepertimana yang telah cikgu-cikgu maklumkan dalam mesyuarat tergempar kita tempohari yang telah diadakan secara sulit... kita tetap dengan misi kita iaitu johan sukan tahunan kali ke-16...

Oleh itu cikgu amat yakin... pada acara padang yang akan berlangsung pada 30.3.2009 nanti kita akan memintas untuk berada di tempat pertama...
Keyakinan ini dapat cikgu-cikgu semua buktikan melalui latihan yang telah kita jalankan dalan 2 acara padang termasuklah Lontar Peluru dan Tarik Tali.... kita akan cuba sedaya upaya untuk menang kesemua acara ini seperti mana pada tahun lepas....

Manakala untuk acara Olahraga kita tidak mempunyai masalah... strategi telah pun dibincangkan antara kami rakan-rakan guru rumah Laksamana... kami mendapat kata sepakat dalam membuat keputusan... jadi murid-murid hanya perlu mengikut strategi yang cikgu-cikgu aturkan ok....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan