Sekarang nie kita sedang bersaing untuk sukantara.. sudah tentu banyak halangan yang bakal kita tempuhi... seperti kekurangan peserta kerana tidak hadir ke sekolah... atau yang tidak mempunyai semangat untuk memastikan rumah kita menang... namun bagi kita yang berkehendakkan rumah laksamana dijulang selaku juara buat pertama kalinya kali ini harus teruskan tekad untuk terus berjuang...
Senarai peserta untuk mewakili sukan tahunan kita di Bukit Jalil telah pun cikgu-cikgu siapkan sejak 2 minggu yang lepas lagi... dalam acara sukan tahunan nanti cikgu-cikgu rumah kuning percaya bahawa kita boleh mengumpul banyak mata berdasarkan prestasi semasa atlit rumah kuning sekarang...
Tetapi kita juga perlu memastikan jarak mata tidaklah jauh dalam sukantara kali ini biarpun kita berada di tempat keempat sekalipun.. sebab pembahagian markah dalam sukan tahunan nanti amatlah berbeza sekali.... begitu juga dengan acara padang yang bakal berlangsung pada hari Isnin nanti...
Apapun berjuanglah sehingga ketitisan peluh yang terakhir... cikgu-cikgu amat memuji kesungguhan murid tahun 5 pagi tadi.. walaupun bilangan peserta yang ada merupakan peserta yang paling sedikit... namun kita dapat bersaing sehingga mampu berada 3 mata dibelakang juara tahun lalu.. iaitu bendahara.... tapi sedikit kelemahan yang dipamerkan oleh murid tahun 4 tadi menyebabkan kita ketinggalan 12 mata.....
Esok tahun 6 cubalah yang terbaik ok....
Laksamana Cafe
Selasa, 10 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan